Tuesday, 24 September 2013

♥♥♥Persahabatan melalui Kenangan Pahit..♥♥♥

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum..

Entry kali nie aku nak cerita tentang persahabatan yang terjalin melalui kenangan yang sangat pahit untuk dikenang.. 

♥♥ AZIE BINTI BAHARI♥♥ 
Alhamdulillah..

Persahabatan kami bertahan hingga ke hari nie.. Walaupun perkenalan kami bermula dari satu kisah yang sangat perit dan sakit untuk aku ingat tapi aku bersyukur sebab dikurniakan seorang adek , sahabat , teman menangis , teman bergurau dalam hidup aku.. Dia mengajar aku erti memaafkan.. Dia juga mengajar aku erti setia kawan.. Persahabatan kami pun macam percintaan jugak. Ada surut dan naik nya.. Macam2 kami dugaan kami hadap.. Macam2 caci maki yang kami terima.. Ramai yang tak sukakan persahabatan kami.. Ramai jugak yang nasihatkan aku supaya jangan terlalu baik.. Tapi hati aku terlalu lembut untuk marah.. Hati aku berdetik,atas alasan apa yang perlu aku marah.. Walaupun dia pernah menyebabkan hati aku hancur tapi dia jugak yang berusaha untuk naikkan semangat aku..

Kami berdua tak sempurna.. Kami tak mampu nak puaskan hati semua pihak.. Tapi alhamdulillah,family aku walaupun tak semua yang  terima dia tapi aku bersyukur sebab orang yang paling aku sayang iaitu mak aku boleh terima dia,malah kalau kami keluar sama2,mak aku akan kenalkan dia sebagai anak..  Malah aku selesa bila dia panggil mak aku "MAK"..

Mungkin akan ramai suara2 sumbang diluar yang cakap aku HIPOKRIT.. Tapi aku terima sebab aku bukan mampu aku nak tutp mulut dorang.. Yang penting ALLAH tahu apa yang aku rasa dan aku yakin dgn apa yang aku buat.. 

Satu benda yang buat aku terharu sangat , dia ingat hari jadi aku dan hadiah pemberian dia buat aku jadi sebak..


Seumur hidup aku tak pernah aku dapat hadiah yang istimewa macam nie.. Hati aku pernah berdetik untuk dapat hadiah nie dari Bakal Imamku.. Tapi sangat mengejutkan bila orang yang tak ku sangkakan boleh hadiahkan aku semua benda yang aku impikan..
Isi kandungan surat tue buat aku nangis.. Sumpah aku sebak.. Tak pernah aku rasa sesebak tue.. Hati aku betul2 terusik dengan setiap kata2 dalam surat tue.. Aku tak sangka aku akan menangis.. 


Aku besyukur sangat2 Ya ALLAH atas setiap kesempatan yang kau berikan.. Aku mohon dan merayu agar Engkau peliharalah persahabatan kami.. Engkau lindungilah kami dari segala fita=nah2 hamba2Mu.. Restuilah persahabatan kami.. Jadikanlah persahabatan kami berkekalan hingga ke JannahMu Ya Rabb..

Aminn Ya Rabball A'lamin..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.