Sunday, 4 August 2013

Subahanallah..

Pada saat semua menghukum atas setiap kesilapan aku yang lepas, aku masih mengharap akan ade seseorang yang bersama aku,yang memahami is hati aku, yang menyokong penyesalan atas dosa2ku yang dulu.. Pada saat diri memerlukan tempat berpaut,semua menghilangkan diri.. Semua hanya memberi senyuman tanpa tahu apa yang aku rasa,apa yang aku mahu,apa yang aku perlukan..

Tapi tak pe.. Aku faham atas setiap yang terjadi adalah balasan untuk dosa2 ku yang lepas.. Pada saat aku menangisi setiap kata2 hinamu,setiap herdikan2 pedasmu,aku bersyukur kerana aku masih mampu tersenyum.. Alhamdulillah.. Pada saat itu juga lah ALLAH bukakan hati aku untuk melihat semula kesilapan2 aku yang lepas.. ALLAH seperti mengulang tayang semua dosa2 yang pernah aku lakukan.. Same de besar atau kecil.. Begitu mudah air mata mengalir.. Hanya mampu menangis sambil menadah tangan dan bermohon agar ALLAH memberi aku peluang untuk kembali kepadaNya..

ALLAH itu Maha Adil.. Setiap yang berlaku itu pasti akan ade hikmah.. Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan tenaga untuk melakukan tuntutanNya.. Aku bukanlah seorang yang ALIM.. Bukan juga seorang yang BAIK HATI.. Aku hanyalah seorang hamba ALLAH yang JAHIL pada setiap peraturan hidup di dunia.. Seorng yang sentiasa mudah didorong oleh NAFSU.. Seorang yang tidak TETAP IMANNYA pada bila berhadapan dgn sesuatu pilihan.. Tanpa kenal HARAM dan HALAL..Aku memandang rendah akan semua hukum ALLAH.. Subahanallah Minzalikkk..

Ya ALLAH,masih ade ke peluang untuk aku berada disisiMu ?? Masih banyakkah waktu aku untuk berada dibumiMu ini ?? Terimakah akan Kau taubatku ini.. ?? Ya ALLAH.. Sungguh hambaMu ini jahil Ya ALLAH.. Ampunkanlah setiap dosa2ku Ya ALLAH.. Berikanlah aku kesempatan untuk bertaubat Ya ALLAH.. Tenangkanlah hatiku.. Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu Ya ALLAH.. Kau tetapkanlah imanku.. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku meminta dan kepadaMu jualah aku menyerahhh.. AMINN YA RABBAL ALAMIN...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.