Assalamualaikum...
Antara perkara yang boleh ALLAH campakkan ke dalam hati kita hingga kadang-kadang kita tak mampu nak buat ape-ape itulah dia KESEDIHAN.. Tidak kira siapa pun kita,hebat mana pun kita,tinggi mana pun
darjat kita,besar mana pun pengaruh kita,banyak mana pun harta kita tapi bila ALLAH mahu kita berdukacita maka akan mengalir AIR MATA kesedihan dalam hidup kita.. Kadang-kadang, ALLAH
mendatangkan masalah pada semua orang,tapi sebahagian masalah itu bagi orang lain adalah masalah yang biasa.. Sebaliknya bagi kita,masalah tersebut telah mengundang KESEDIHAN.. Bila KESEDIHAN datang,kita tercari-cari dimanakah cahaya kebahagiaan,dimanakah cahaya kegembiraan.. Bila peristiwa-peristiwa yang sedih itu datang,kita jadi runsing,kita jadi tak tahu nak buat apa hingga kita tertanya-tanya kepada diri kita, apakah masih wujud jalan penyelesaian..

mendatangkan masalah pada semua orang,tapi sebahagian masalah itu bagi orang lain adalah masalah yang biasa.. Sebaliknya bagi kita,masalah tersebut telah mengundang KESEDIHAN.. Bila KESEDIHAN datang,kita tercari-cari dimanakah cahaya kebahagiaan,dimanakah cahaya kegembiraan.. Bila peristiwa-peristiwa yang sedih itu datang,kita jadi runsing,kita jadi tak tahu nak buat apa hingga kita tertanya-tanya kepada diri kita, apakah masih wujud jalan penyelesaian..
Tersekat kita dalam kesunyian,menangis teresak-esak kita seorang diri dalam kesepian..Seakan-akan KESEDIHAN yang menimpa keatas kita tidak ada penghujungnya.. Tapin ALLAH itu kan Maha Adil,ALLAH itu kan Maha Mengetahui sebab ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya dan setiap apa yang berlaku pasti punya himahnya yang tersendiri.. Rupa-rupanya ramai orang pada hari ini menemui ALLAH yang mencari ALLAH ketika hati dia sedih tapi tak ramai orang yang mencari ALLAH ketika dia gembira.. Ya , kita tak disuruh untuk mencari KESEDIHAN tetapi hakikatnya KESEDIHAN berjaya membawa kita berjumpa dengan ALLAH..
Mungkin sebelum ini kita seorang yang SOMBONG.. Oleh sebab ALLAH campakkan KESEDIHAN ke dalam hati kita menyebabkan kita kembali sedar rupanya sebelum ini kita tak punya apa-apa pun melainkan hanya nilai-nilai kosong dan mungkin sebelum ini kita seorang yang tidak menghargai IBUBAPA.. Oleh sebab ALLAH mendatangkan peristiwa-peristiwa yang menyedihkan ke dalam hidup kita menyebabkan kita kembali sedar rupa-rupanya ibubapa itu sangat besar maknanya bagi seorang anak yang ingin masuk ke SYURGA.. Mungkin juga sebelum ini kita seorang yang manusia yang LUPA kepada ALLAH.. Menjalani detik-detik kehidupan tanpa menunaikan ibadah yang disuruhnya.. Segala keputusan yang kita buat tidak ada langsung kebergantungan kita kepadaNYA dan kita tak rasa bersalah apabila kita berbuat dosa hinggan kita sanggup mempersiakan ajakan kebaikan kawan-kawan kita agar kita lakukan perubahan..
Tapi dengan kasih sayang dan rahmat ALLAH,ALLAH tak melupakan kita.. ALLAH memberi ujian KESEDIHAN kepada kita hingga tanpa kita sedar kita telah menyebut " YA ALLAH,KASIHANILAH AKU,AMPUNILAH DOSAKU,MUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU".. Banyak perkara tidak mampu untuk membawa kita dekat denga ALLAH.. Namun KESEDIHAN yang kadang-kadang kita rasa agak menyusahkan tapi berjaya membawa kita dekat dengan ALLAH.. Sebab itu apabila mengalirnya air mata KESEDIHAN,bukan bermakna kita kalah dan bukan bermakna kita tewas,.. Boleh jadi adalah salah satu peluang untuk kita bangun menjadi manusia yang lebih baik.. Dan mudah-mudahan,air mata KESEDIHAN yang tumpah hari ini bukan air mata yang biasa tetapi air mata yang mampu menolak kita untuk menjadi manusia yang LUAR BIASA.. Yakinlah,percayalah dan bertaubatlah kepada ALLAH.. Insyaallah,jalan keluar pasti ada untuk kita,hambaNYA.. Aminn Ya Rabbal 'alamin..
" HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JIKA KAMU BERTAKWA KEPADA ALLAH,
NESCAYA DIA AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU PETUNJUK. DAN MENGHAPUSKAN
SEGALA KESALAHANMU SERTA MENGAMPUNKAN DOSAMU "
(AL-ANFAAL:29)
No comments:
Post a Comment