Thursday, 17 April 2014

The Best Moment.. 12042014 " My Big Day " (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 
Hari yang ditunggu sudah tiba pun berlalu.. 
Memanjatkan rasa kesyukuran yang teramat sangat bila yang dirancang berjalan dgn lancar.

Dengan sekali lafaz, aku bergelar isteri kepada 
Mohd Hidayat Bin Jamaludin.
Saat Batal Air Sembahyang

Saat lafaz tue disahkan, hanya ALLAH je yang tahu macam mane perasaan aku.. Perasaan yang aku semat selama hampir 9 tahun akhirnya berbaloi..
Air mata mane yang tak menitis bila lelaki yang kita syg akhirnya jadi yang Halal untuk kita..
Pelbagai dugaan dan ujian yang datang sebelum kami melangkah ke hubungan yang Halal ini..
Allahuakabar..

" Ya ALLAH, Terima kasih yang untuk ketentuan yang Kau tetapkan ini..
Engkau berkatilah perkahwinan kami ini..
Jauhkanlah perkahwinan kami ini dari segala hasad dengki manusia..
Jadikanlah aku isteri yang solehah dan jadikanlah 
suamiku seorang hamba yang mencintaiMu melebihi cintanya padaku..
Tabahkanlah hati kami dalam melalui liku2 kehidupan sebagai suami isteri..
Amin Ya Rabbal Alamin.."
Detik2 yang mendebarkan.. Subahanallah.. 

 Before Akad Nikah



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.