Friday, 11 October 2013

Erti SAHABAT..

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa yang kita alami demi Teman kadang
melelahkan dan menjengkelkan..
Tetapi itulah yang membuat Persahabatan
mempunyai nilai yang indah..


Persahabatan sering di Duga
dengan pelbagai Cubaan dan Dugaan
Tetapi Persahabatan yang sejati boleh mengatasi Dugaan itu
malah lebih kuat apabila ia dihadapi bersama-sama..

Persahabatan tidak terjalin secara di Rancang
tetapi memerlukan satu jangka masa yang sangat panjang
Seperti besi menajamkan besi
Demikianlah Sahabat menajamkan Sahabatnya..

Persahabatan itu diwarnai dengan pelbagai Suka dan Duka
Dihiburkan > Disakiti> Diperhatikan > Dikecewakan > Didengar > Diabaikan > Dibantu kadangkala Ditolak
Namun semua itu kadang kala dilakukan tanpa Sengaja sehingga menimbulkan Kebencian

Seorang Sahabat itu tidak akan menyembunyikan Kesalahan sendiri jika ianya bukan untuk mengelakkan pergaduhan
Tapi kadang kala Dia memberanikan diri untuk menegur kerana rasa kasih dan sayangnya kepada seorang insan bergelar Sahabat..


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.