Hati terase resah gelisah.. Terase hidup yang tak de arah tujuan.. Walau diri sentiasa mencuba untuk melakukan perubahan tapi hati seolah2 terase berat.. Seperti masih ada beban yg masih belum terlaksana..
Ibarat masih ade hutang yg belum dibayar.. Setiap malam menangis.. Seolah2 Si Pencipta mahu aku sentiasa kenang dosa2 yang lepas.. Setiap kali termenung , pasti pikiran akan sentiasa terbayang kisah2 silam yg pedih tue.. Ya Allah , masih ade lagi ke hutang2 yg belum ku lunas.. Masih ade lagi ke peluang yg Kau beri untuk aku kembali ke jalan Mu.. Ya Allah , berikanlah ketenangan jiwa dan tenteramkan lah hatiku Ya Allah.. Sungguh sakit untuk tanggung perasaan ini.. Tapi aku tahu Kau Maha Mengetahui melebih segala2 kejadian di bumiMu ini.. Ya Allah , saban hari aku sentiasa berfikir tentang penerimaan Mu atas taubat2 ku.. Terimakah engkau akan taubat ku ini.. Ya Allah , berikanlah aku kekuatan untuk bertaubat.. Berikanlah aku peluang untuk melangkah ke Syurga Firdausi.. Sungguh aku tidak sanggup untuk menghadapi Azab Neraka Mu.. Sesumgguhnya hanya pada Mu tempat aku merayu dan kepada Mu jua lah tempat ku menyerah.. Aminn Ya Rabbal 'Alamin...
No comments:
Post a Comment