Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Sahabat Fillah..
Lama tak blogging.. Hope korang sume tak lupe den ek.. Hehehehe.. Entry
kalinie aku nak cerita pasal aktiviti weekend aku yg leoas time raya haji awi tue..
Disebabkan Raya Haji , so banyak laa yang edarkan daging.. Memang penuhla
daging dalam peti ais aku..
Pikir punya pikir,aku pun ape lg terus laa contct ngan Incik Google.. Hehehe.
Dia je peneman aku kala aku susah or senang.. Chewahhh..
So, here we are..
Daging Masak Kicap Black Pepper Cinta Sayang
BAHAN-BAHAN..
Daging lembu ( direbus sampai empuk dan dipotong nipis )
1 biji bawang merah (dipotong bulat)
3 ulas bawang putih (diketuk)
3/4 ulas halia (dipotong panjang)
3 biji cili besar (dipotong dua dan buang biji)
5 sudu besar sos black pepper (aku guna brand puteri)
Kicap manis ( ikut selera korang)
Sedikit garam ( ikut selera )
Sedikit perasa ( ajinimoto )
Nie bahan2 yang aku guna..
Cara masak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah , bawang putih , halia sampai naik bau..
2. Masukkan sos black pepper
3. Masukkan cili besar yang sudah dipotong tadi..
4. Gaulkan daging dengan kicap manis tadi .. ( Jangan letak banyak , untuk kasi warna hitam sahaja..)
5. Masukkan daging yang sudah digaul tadi ke dalam kuali.. Gaul sehingga sebati ..
Masukkan secubit garan dan sedikit perasa..
6. Hiidangkan ke dalam pinggan.. Siappp.. Kasi ngapp laa.. Selamat mencuba